Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.
Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.
Selepas berperang mulut dengan timbalan
setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata,
beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman
parti.
Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.
Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.
DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat
akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut
dan pak sanggup.
No comments:
Post a Comment