Sunday, 30 October 2011

Ini hari aku nak bercerita tentang kakitangan kerajaan yang berkerja di bawah pentadbiran kerajaan tidak kira pusat atau negeri.Mereka semua di beri pelbagai kemudahan dari pelbagai aspek tidak kira agama,kaum,bangsa dan keturunan asal kan mereka berkerja di bawah pentadbiran kerajaan.Yang hairan nye tidak semua kakitangan ini menyokong penuh terhadap parti yang di terajui oleh Barisan Nasional yang di pimpin oleh DS NAJIB.Baru-baru ini PM telah membentangkan bajet yang di mana faedah nye banyak kepada kakitangan kerajaan serta yang telah pencen juga mendapat imbuhan nye,dari situ kita tengok betapa terjaga nye kakitangan ini..

Aku melihat ini sebagai faktor untuk kakitangan kerajaan berkerja dengan baik serta dinamik bagi membantu sektor kerajaan sentiasa di hadapan,bukan di belakang berbanding dengan sektor swasta yang sentiasa berusaha untuk bersaing secara sihat dengan sektor kerajaan.Ape yang aku lihat mereka boleh di umpamakan "seperti kacang lupakan kulit" kerana bila semua nye sudah di berikan mereka tetap tidak menyokong Barisan Nasional.Untuk pengetahuan semua aku bekerja di bawah sektor swasta yang kemudahan nye tidak sehebat kakitangan kerajaan,tetapi itu tidak menjadi penghalang aku untuk menyokong penuh kerajaan yang sedia ada dan bersama-sama membantu perjuangkan UMNO.Aku menyokong bukan kerana pangkat,projek atau sebagai nye tetapi kerana sayangkan agama,bangsa serta tanahair dan aku percaya semua itu akan terjaga di bawah kemimpinan Barisan Nasional.

Aku berharap agar kita semua bersatu di bawah satu payung yang melambangkan kesepaduan melayu serta utuh dari pelbagai aspek..Jangan la menjadi seperti manusia yang tidak mengenang budi kerana itu adalah satu perbuatan yang tidak baik.



DULU ,KINI DAN SELAMA NYE..


No comments:

Post a Comment